Powered By Blogger

Saturday, April 17, 2010

DITERIMAkah amalmu???

Ingin saya be3erkongsi sebuah hadis yang ditulis dalam kitab Bidayatul Hidayah karya Al-Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali...

Imam Abdullah bin Al-Mubarrak R.A. telah meriwayatkan dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki yang pernah berkata kepada Muaz: "Wahai Muaz! Ceritakanlah padaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah s.a.w." Berkata rawi hadis tersebut lalu Muaz menangis sehinggaaku sangka dia tidak akan berhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti dari tangisnya lalu Mua berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda padaku : Wahai Muaz! sebenarnya aku mahu menceritakan kepadamu satu hadis jikalau engkau mampu memanfaatkannya nescaya ia akan memberi manfaat kepadamu di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti. Wahai Muaz! sesungguhnya Allah itu telah menjadikan tujuh orang Malaikat sebelum ia menjadikan langit dan bumi kemudian lalu ditentukannya padasetiap langit dan bumi kemudian lalu ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat untuk menjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazhah yang membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan tersebut sampai ke langit yang pertama. Mereka menganggapbahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat penjaga langit pertama kepada malaikat Hafazhah :

“Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga Ghibah {mengumpat} . Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus ke atas”.

Kemudian dating pula malaikat Hafazhah membawa amalan seorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (malaikat Berjaya melintasi langit pertama kerana orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit kedua itu :

“Berhenti kamu di sini dan pukulkan akan muka orang yang mengerjakan amalan ini kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang, dan puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan tersebut (melintasi langit pertama dan kedua) sehingga samapai ke langit ketiga maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu :

“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini muka mereka yang mengerjakannya akulah malaikat takbur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti sinarnya bintang yang berkelip. Baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji, dan umrah. Para malaikat hafazhah Berjaya membawa amaln tersebut sehingga ke langit yang keempat maka berkata malaikat penjaga langit yang keempat itu :

“Berhenti kamu di sini dan pukullah akan amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub (merasakan dirinya lebih baik dari muslim yang lain). Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia beramal dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya.

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah sehingga ia dapat naik ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya amalan itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima :

“Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah ke atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad, ia sangat hasud (dengki) kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasud(cemburu) akan orang lain yang melakukan sebarang keebihan di dalam ibadat dan juga mencela mereka. Allah menyuuhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini meintasiku.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang, zakat, umrah ,jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sampai ke langit yang keenam lalu berkata penjaga langit ter sebut :

“Berhentilah kamu dan pukulkan akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepda hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang seperti ini dapat melintasi aku.”

Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan seorang hamba. Amalan itu ialah sembahyang,puasa, nafkhah, jihad dan warak. Baginya bunyi {maksudnya bunyi zikir} seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sampai ke langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga langit tersebut :

“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat zikir {zikir di sini bermakna : mencari sebutan, iaitu seorang yang beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain}. Aku menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi hanya bertujuan untuk mndapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namanya di merata tmpat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amaln yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak menerima amalan orang yang riak.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan membawa amalan seorang hamba. Amalan itu berupa sembahyang, puasa, haji, umrah, akhlak mulia,banyak berdiam {daripada amaln yang tidak berguna} dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah s.w.t.. Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amaln tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya :

“Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui akan isi hatinya. Ia sebenarnya tidak menghendaki Aku dalam amalan tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu oleh kerana itu aku turunkan ke atasnya akan laknatKu.”

Lalu para malaikat tadi berkata :

“Ke atasnya laknatMu dan juga laknat kami,” Lalu melaknat akan dia tujuh petala langit dan seisinya.

Mendengar sabdaan Rasulullah s.a.w. ini lalu Muaz menangis seraya berkata : “Engkau ini adalah rasulullah s.a.w. dan aku adalah Muaz {hamba Allah bukan rasul}. Maka bagaimana aku dpat selamat dan sejahtera?”, Lalu rasulullah s.a.w. menjawab:

“Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan. Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripada mencela sahabatmu yang membaca Al-Quran {golongan ulama} dan pertanggungkanlah segala dosamu ke atasmu (maafkan dan redhai orang sekelilingmu) dan jangan engkau mempertanggungkan dosamu ke atas mereka dan jangan engkau menganggap diri engkau bersih (dari dosa) dan jangan engkau memuji dirimu di hadapan mereka (takbur). Dan jangan engkau campurkan urusan dunia dengan urusan akhirat. Dan jangan engkau menyombong diri di dalam majlis nanti orang takut padamu kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi di sisimu dan jangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus darimu segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Dan jangan engkau carikkan {pecah belahkan} akan manusia maka mencarik akan dikau anjing-anjing api neraka di akhirat kelak pada hari kiamat nanti. Allah telah berfirman:


Maksudnya: Demi yang mencarik akan carikkan.
(surah Al Nazi’at, ayat 2)


Apakah engkau tahu wahai muaz siapakah yang mencarikkan itu ? Muaz bertanya, “Ya Rasulullah sebenar nya siapakah mereka?” Lalu Nabi s.a.w. menjawab : “itulah anjing-anjing garang di dalam api neraka yang akan mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang”.

Muaz bertanya : “Ya Rasulullah siapakah orang yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat daripada seksaan itu?” Nabi s.a.w. menjawab : “ Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah s.w.t.” Kemudian lalu berkata Khalid bin Madan : “Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak Al Quranul Karim lebih daripada Muaz kerana beliau faham terhadap hadi yang besar ini”…….

(Hadis riwayat Ibnul Mubarak dalam kitab az Zuhd dan Ibnul Jauzi)

Juteru,saya ingin menyeru rakan-rakan sekalian renungi dan fahami akan hadis ini serta muhasabahlah akan diri anda sejauh mana amalan yang anda lakukan itu ikhlas terhadap Allah..kemudian amalkanlah hadis ini semoga kita sentiasa dirahmati Allah dan tidak terputus hujjah kita di akhirat kelak… wahai sahabatku,,muhasabahlah dirimu sejauh mana tahap keikhlasan engkau dalam segala amal dan ibadatmu dan renungilah adakahkau telah memenuhi hak insan-insan di sekelilingmu?.......


Maka hendaklah engkau renungkan baik-baik akan perkara terkandung dalam hadis ini wahai sahabat yang gemar kepada ilmu pengetahuan dan ketahuilah bahawasanya sebesar-besar sebab yang dapat mengukuhkan perangai jahat di dalam hati ialah menuntut ilmu dengan tujuan supaya pandai bercakap kerana orang awam {orang yang tidak berilmu} adalah agak lebih jauh daripada perangai-perangai jahat dan orang yang mencari ilmu,iaitu kita selaku pelajar adalah menjadi sasaran penyakit hati yang dapat membinasakan.

Muhasabahlah dirimu dan niatmu teman-temanku…..

(nn,)

No comments:

Post a Comment