Powered By Blogger

Friday, July 2, 2010

Temanku...

Temanku,

Allah menciptakan manusia sama,

Dengan sebaik-baik kejadian,

Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,

Ada yang lalai dengan angan-angan,

Ada yang tekun berusaha,

Tentu nasib mereka berlainan,

Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,

Kelalaian dibalas kegagalan,

Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,

Kau diberi peluang membuat pilihan,

Kau juga yang tanggung natijahnya,

‘Sesungguhnye Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian’ (Surah al-Tin:4)

Sedarlarlah temanku,

Kita musafir di dunia,

Kita akan pulang kepada-Nya,

Hidup di dunia akan ditanya,

Adakah diisi dengan sebaiknya,

Atau keseronokan semata-mata,

Mahukah kita hidup terhina?

Tanpa ilmu sebagai bekalnya,

Kelak di sana rendah darjatnya,

‘Allah akan mengangkat orang beriman diantaramu dan orang berilmu beberapa darjat’ (Surah al-Muajadilah:11)

Temanku,

Renungilah sebiji cawan,

Jika tidak dituang air,

Molekul udara memenuhinya,

begitu jua diri kita,

Jika tidak diisi iman,

Masuklah syaitan bermaharajalela,

Diri kita perlu pengisian,

Dengan ilmu dan agama,

Agar hidup dekat dengan-Nya,

Barulah hatimu tenang bahagia.

ketahuilah temanku,

Kemuliaan manusia bukan pada luaran,

Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,

Oleh itu, tekadkan keyakinan,

Kau ummat pilihan,

‘You are the best ummah’, (Ali Imran: 110)

‘Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa’, (Al-Hujurat:13)

Jelaskan visi perjalanan,

‘Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka’, (Al-Baqarah:201)

Jadikan ilmu sebagai bekalan,

‘Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan’ (Al-Alaq:1-2)

Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,

‘Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakan’, (Al-Ahzab:72)

Ketinggian seseorang kerana iman,

‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang beriman’ (Ali Imran:139)

Lantaran Itu, carilah redha Tuhan,

Dengan melakukan sebaik-baik amalan,

Usaha x istiqomah - malas / masa + yakin,

= asas kejayaan,

‘Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri’ (Ar-Ra’d:11)

‘Jikalau mereka bersungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata: cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikianlah pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah, (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka)’, (At-Tawbah:59)

Temanku,

Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,

kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,

bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,

Jika kau redha, sabar dan terus berusaha,

Tapi, kau sememangnya bodoh,

Jika kau langsung tidak berusaha,

Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,

Tiada nilaian pahala dari-Nya,

Malah kau pula menanggung dosa,

Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.

Temanku,

Bangkitlah dari lenamu yang panjang,

dan tidak pernah berkesudahan,

Sekali kau terjatuh,

Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,

Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,

dan mara berlari kencang,

mencipta taufan.

Berjuanglah temankan sayang,

tanpa mengenal penat dean jemu,

biar hidup kita derita dengan usaha,

kelak kita akan dimulia,

jika tidak di dunia,

nun di syurga.

Tautan Hati - Fatimah Syarha ( page 564-568)

Bacaan Sesuai






Sy sekadar nk mengesyorkan beberapa bacaan sesuai untuk rakan sy..bacaan ni sesuai untuk mereka yg ingin mengetahui keindahan Islam sebagai agama yang syumul atau lengkap..

Sejujurnya sy ni x brapa suka nk bca novel..apatah lagi novel cintan cintun dan novel yang jiwang karat..tp..semuanya berubh lepas sy baca novel Seindah Mawar Berduri serta Syabab Musafir Kasih (sy rekomen novel ni untuk pembaca lelaki..carilah novel ni kalau da ksmpatan) karya Fatimah Syarha Mohd Noordin..




novelnya walaupun menggunakn ayat yang bersahaja tp sgt menyentuh perasaan dan menaikkan semangat untuk terus menerus bermujahadah terhadap nafsu..novel inilah yang mengubah persepsi sy terhadap Islam..satu cara hidup yang lengkap..(bukanlah saya nk mengagungkan penulisan saudari Fatimah Syarha ni)..walaupun fokus utama dalam novel yg beliau karang ialah wanita, namun beliau banyak menyelit sindiran terhadap kaum lelaki dalam novelnya..mmg menaikkan smgtlah..sesuai untk pelajar..contohnya salah satu puisi yang beliau selitkan dalam novelnya (Tautan Hati)..bagi lelaki yg terlalu taksub mengejar cinta wanita.. :

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. Aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia. Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya. Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia. Jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…






Monday, May 31, 2010

dah dapat ilmu, AMALKAN!!!!

Memberi nasihat dan peringatan itu sebenarnya mudah sahaja dan yang berat ialah menerima isi nasihat tersebut..contohnya :

Kita tahu bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan itu HARAM..Rasulullah s.a.w. sendiri menyebut lebih baik jika kita dicucuk di bahagian dubur dengan besi yang panas daripada bersentuhan kulit dengan lelaki atau perempuan yang bukan mahram dan lebih baik kita bergelumang dengan bab* dalam lumpur yang kotor daripada kita bersiku-siku dengan perempuan..inilah hakikatnya wahai sahabatku..tetapi KENAPA sebahagian besar dari kita yang 'beraliran agama' masih melakukannya,,bahkan di khalayak umum??

Jawapannya sangat-sangat mudah..kerana nafsu sangat mencuintai perkara-perkara yang dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang 'rasmi' (maksudnya mencari ilmu dengan tujuan untuk graduate seterusnya mendapat gelaran lulusan SPM,diploma dsbnya) serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia, kerana orang seperti ini biasanya menganggap bahawa hanya dengan sekadar memperoleh ilmu itu sudah cukup menjadi sebab keselamatannya.

SubhanAllah, alangkah kelirunya kita jika kita tergolong dalam pemikiran demikian..saya mengakui,sistem pembelajaran kita kini telah banyak mengelirukan kita (termasuk saya) hingga kita memikirkan bahawa mendapat tempat terbaik ialah tujuan utama kita belajar,,dapat A banyak2 dan kita pun bangga,,namun adakah A ini menjadi petunjuk sebenar ilmu kita??Apalah gunanya a dalam pendidikan islam, Pendidikan Quran dan Sunnah dan l;ain2 lagi andainya ia tidak dihayati.....

Jadilah ini sebagai peringatan sahabatku..janganlah terus hanyut ditarik nafsu..ingatlah hidup ini sementara cuma..tinggalkanlah seketika nafsu jahatmu daripada terkena siksa neraka yang pedih yang berpanjangan..saya mohon anda faham apa yang cuba saya sampaikan,,,,,Hayatilah mafhum daripada sabdaan baginda s.a.w.:

"Orang yang paling pedih siksaannya di hari akhirat ialah seorang alim yang tidak memberi manfaat akan dia dengan ilmunya..."

(nn,)

selamat beramal!!

Waktu itu Ialah Kehidupan

Sy nk berterima kasih ngan kawan sy yg telah memberi sy smgt nk menulis balik blog ni..thanx!!dan kali ni sy nk berkongsi sebuah hadis yang merupakan nasihat Rasulullah s.a.w. kepada umatnya..(maaflah saya tiada perisian untuk menulis perkataan arab jd sy hanya mampu menulis terjemahannya di sini harap dihayati) :

Mafhumnya : "Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seseorang hambanya ialah bila dia mengerjakan sesuatu yang tidak berfaedah. Dan andainya ada satu saat dari umurnya telah digunakannya pada barang-barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya melebihi empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia memepersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka".

Sebenarnya sekadar ini sudah ckup untuk menjadi peringatan bagi orang berilmu.....Hayatilah.. :)

Wahai Saudaraku

Lama dh tak menjenguk ke blog ni. Bukan apa, tiada masa dan peluang. Dan tiada kekuatan..hehe.. walau pun tiada sesiapa yang menjenguk ke blog ni, saya tetap nak minta maaf kalau ada menyentuh sensitiviti sesiapa. Blog ini saya harap dapat menjadi peringatan kepada sesiapa (kalau ada) yang membacanya.

Wahai saudaraku yang tercinta, semoga Allah s.w.t. memanjangkan umur anda semua dalam berbuat taat kepadaNya dan semoga Allah taala memudahkan bagimu untuk mengikuti jalan-jalan kekasihNya..

Jangan lupa, segala apa yang saya peringatkan di sini adalah berasal dari sumber kenabian (hadis Baginda s.a.w.).. Oleh itu, saudara semua tidaklah memerlukan peringatan saya ini jika hadis-hadis tersebut pernah saudara dengari. Amalkanlah hadis-hadis tersebut. Tiadalah berguna sesuatu ilmu itu jika tak disampaikan dan diamalkan.. Tetapi, apabila masih belum sampai satu nasihat dari sumber ini maka sebenarnya ilmu apa yang telah dipelajari saudara selama ini?

Saturday, April 17, 2010

Ketahuilah wanita,lelaki terangsang 30 kali sehari

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari,,

Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.Saya mengingatkan sahabat supaya memberitahu sahabat yg lain supaya menjaga aurat masing-masing.

1. Ada yang pakai tudung singkat . Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam ayat al-Quran ada mengatakan, supaya wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek . Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat . Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat . Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini . Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian . Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya .Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari . Ini sudah semula jadi . Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama.Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.BERHENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN DALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif .Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel....Sape yang cakap tu??(nn,)wallahua'lam

DITERIMAkah amalmu???

Ingin saya be3erkongsi sebuah hadis yang ditulis dalam kitab Bidayatul Hidayah karya Al-Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali...

Imam Abdullah bin Al-Mubarrak R.A. telah meriwayatkan dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki yang pernah berkata kepada Muaz: "Wahai Muaz! Ceritakanlah padaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah s.a.w." Berkata rawi hadis tersebut lalu Muaz menangis sehinggaaku sangka dia tidak akan berhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti dari tangisnya lalu Mua berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda padaku : Wahai Muaz! sebenarnya aku mahu menceritakan kepadamu satu hadis jikalau engkau mampu memanfaatkannya nescaya ia akan memberi manfaat kepadamu di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti. Wahai Muaz! sesungguhnya Allah itu telah menjadikan tujuh orang Malaikat sebelum ia menjadikan langit dan bumi kemudian lalu ditentukannya padasetiap langit dan bumi kemudian lalu ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat untuk menjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazhah yang membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan tersebut sampai ke langit yang pertama. Mereka menganggapbahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat penjaga langit pertama kepada malaikat Hafazhah :

“Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga Ghibah {mengumpat} . Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus ke atas”.

Kemudian dating pula malaikat Hafazhah membawa amalan seorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (malaikat Berjaya melintasi langit pertama kerana orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit kedua itu :

“Berhenti kamu di sini dan pukulkan akan muka orang yang mengerjakan amalan ini kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang, dan puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan tersebut (melintasi langit pertama dan kedua) sehingga samapai ke langit ketiga maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu :

“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini muka mereka yang mengerjakannya akulah malaikat takbur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti sinarnya bintang yang berkelip. Baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji, dan umrah. Para malaikat hafazhah Berjaya membawa amaln tersebut sehingga ke langit yang keempat maka berkata malaikat penjaga langit yang keempat itu :

“Berhenti kamu di sini dan pukullah akan amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub (merasakan dirinya lebih baik dari muslim yang lain). Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia beramal dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya.

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah sehingga ia dapat naik ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya amalan itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima :

“Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah ke atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad, ia sangat hasud (dengki) kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasud(cemburu) akan orang lain yang melakukan sebarang keebihan di dalam ibadat dan juga mencela mereka. Allah menyuuhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini meintasiku.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang, zakat, umrah ,jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sampai ke langit yang keenam lalu berkata penjaga langit ter sebut :

“Berhentilah kamu dan pukulkan akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepda hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang seperti ini dapat melintasi aku.”

Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan seorang hamba. Amalan itu ialah sembahyang,puasa, nafkhah, jihad dan warak. Baginya bunyi {maksudnya bunyi zikir} seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sampai ke langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga langit tersebut :

“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat zikir {zikir di sini bermakna : mencari sebutan, iaitu seorang yang beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain}. Aku menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi hanya bertujuan untuk mndapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namanya di merata tmpat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amaln yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak menerima amalan orang yang riak.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan membawa amalan seorang hamba. Amalan itu berupa sembahyang, puasa, haji, umrah, akhlak mulia,banyak berdiam {daripada amaln yang tidak berguna} dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah s.w.t.. Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amaln tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya :

“Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui akan isi hatinya. Ia sebenarnya tidak menghendaki Aku dalam amalan tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu oleh kerana itu aku turunkan ke atasnya akan laknatKu.”

Lalu para malaikat tadi berkata :

“Ke atasnya laknatMu dan juga laknat kami,” Lalu melaknat akan dia tujuh petala langit dan seisinya.

Mendengar sabdaan Rasulullah s.a.w. ini lalu Muaz menangis seraya berkata : “Engkau ini adalah rasulullah s.a.w. dan aku adalah Muaz {hamba Allah bukan rasul}. Maka bagaimana aku dpat selamat dan sejahtera?”, Lalu rasulullah s.a.w. menjawab:

“Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan. Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripada mencela sahabatmu yang membaca Al-Quran {golongan ulama} dan pertanggungkanlah segala dosamu ke atasmu (maafkan dan redhai orang sekelilingmu) dan jangan engkau mempertanggungkan dosamu ke atas mereka dan jangan engkau menganggap diri engkau bersih (dari dosa) dan jangan engkau memuji dirimu di hadapan mereka (takbur). Dan jangan engkau campurkan urusan dunia dengan urusan akhirat. Dan jangan engkau menyombong diri di dalam majlis nanti orang takut padamu kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi di sisimu dan jangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus darimu segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Dan jangan engkau carikkan {pecah belahkan} akan manusia maka mencarik akan dikau anjing-anjing api neraka di akhirat kelak pada hari kiamat nanti. Allah telah berfirman:


Maksudnya: Demi yang mencarik akan carikkan.
(surah Al Nazi’at, ayat 2)


Apakah engkau tahu wahai muaz siapakah yang mencarikkan itu ? Muaz bertanya, “Ya Rasulullah sebenar nya siapakah mereka?” Lalu Nabi s.a.w. menjawab : “itulah anjing-anjing garang di dalam api neraka yang akan mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang”.

Muaz bertanya : “Ya Rasulullah siapakah orang yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat daripada seksaan itu?” Nabi s.a.w. menjawab : “ Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah s.w.t.” Kemudian lalu berkata Khalid bin Madan : “Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak Al Quranul Karim lebih daripada Muaz kerana beliau faham terhadap hadi yang besar ini”…….

(Hadis riwayat Ibnul Mubarak dalam kitab az Zuhd dan Ibnul Jauzi)

Juteru,saya ingin menyeru rakan-rakan sekalian renungi dan fahami akan hadis ini serta muhasabahlah akan diri anda sejauh mana amalan yang anda lakukan itu ikhlas terhadap Allah..kemudian amalkanlah hadis ini semoga kita sentiasa dirahmati Allah dan tidak terputus hujjah kita di akhirat kelak… wahai sahabatku,,muhasabahlah dirimu sejauh mana tahap keikhlasan engkau dalam segala amal dan ibadatmu dan renungilah adakahkau telah memenuhi hak insan-insan di sekelilingmu?.......


Maka hendaklah engkau renungkan baik-baik akan perkara terkandung dalam hadis ini wahai sahabat yang gemar kepada ilmu pengetahuan dan ketahuilah bahawasanya sebesar-besar sebab yang dapat mengukuhkan perangai jahat di dalam hati ialah menuntut ilmu dengan tujuan supaya pandai bercakap kerana orang awam {orang yang tidak berilmu} adalah agak lebih jauh daripada perangai-perangai jahat dan orang yang mencari ilmu,iaitu kita selaku pelajar adalah menjadi sasaran penyakit hati yang dapat membinasakan.

Muhasabahlah dirimu dan niatmu teman-temanku…..

(nn,)

Salam Perkenalan

Assalamualaikum w.b.t.

Datte Bayoyo roshiku!!!!! (mohon tunjuk ajar)..

sudah menjadi adab org jepun memohon tunjuk ajar dalam setiap perkenalan..sudah menjadi adab untuk memohon tunjuk ajar dalam perkara baru..jadi, selaku orang baru kt sini saya mohon tunjuk ajar semua..salam perkenalan!!!

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

jadi kalau da pa2 yang silap dan salah, mohon kerjasama saudara saudari tegur-tegurkan..bersamalah kita saling memperingati.........(nn,)