Powered By Blogger

Friday, July 2, 2010

Temanku...

Temanku,

Allah menciptakan manusia sama,

Dengan sebaik-baik kejadian,

Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,

Ada yang lalai dengan angan-angan,

Ada yang tekun berusaha,

Tentu nasib mereka berlainan,

Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,

Kelalaian dibalas kegagalan,

Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,

Kau diberi peluang membuat pilihan,

Kau juga yang tanggung natijahnya,

‘Sesungguhnye Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian’ (Surah al-Tin:4)

Sedarlarlah temanku,

Kita musafir di dunia,

Kita akan pulang kepada-Nya,

Hidup di dunia akan ditanya,

Adakah diisi dengan sebaiknya,

Atau keseronokan semata-mata,

Mahukah kita hidup terhina?

Tanpa ilmu sebagai bekalnya,

Kelak di sana rendah darjatnya,

‘Allah akan mengangkat orang beriman diantaramu dan orang berilmu beberapa darjat’ (Surah al-Muajadilah:11)

Temanku,

Renungilah sebiji cawan,

Jika tidak dituang air,

Molekul udara memenuhinya,

begitu jua diri kita,

Jika tidak diisi iman,

Masuklah syaitan bermaharajalela,

Diri kita perlu pengisian,

Dengan ilmu dan agama,

Agar hidup dekat dengan-Nya,

Barulah hatimu tenang bahagia.

ketahuilah temanku,

Kemuliaan manusia bukan pada luaran,

Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,

Oleh itu, tekadkan keyakinan,

Kau ummat pilihan,

‘You are the best ummah’, (Ali Imran: 110)

‘Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa’, (Al-Hujurat:13)

Jelaskan visi perjalanan,

‘Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka’, (Al-Baqarah:201)

Jadikan ilmu sebagai bekalan,

‘Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan’ (Al-Alaq:1-2)

Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,

‘Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakan’, (Al-Ahzab:72)

Ketinggian seseorang kerana iman,

‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang beriman’ (Ali Imran:139)

Lantaran Itu, carilah redha Tuhan,

Dengan melakukan sebaik-baik amalan,

Usaha x istiqomah - malas / masa + yakin,

= asas kejayaan,

‘Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri’ (Ar-Ra’d:11)

‘Jikalau mereka bersungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata: cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikianlah pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah, (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka)’, (At-Tawbah:59)

Temanku,

Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,

kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,

bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,

Jika kau redha, sabar dan terus berusaha,

Tapi, kau sememangnya bodoh,

Jika kau langsung tidak berusaha,

Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,

Tiada nilaian pahala dari-Nya,

Malah kau pula menanggung dosa,

Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.

Temanku,

Bangkitlah dari lenamu yang panjang,

dan tidak pernah berkesudahan,

Sekali kau terjatuh,

Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,

Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,

dan mara berlari kencang,

mencipta taufan.

Berjuanglah temankan sayang,

tanpa mengenal penat dean jemu,

biar hidup kita derita dengan usaha,

kelak kita akan dimulia,

jika tidak di dunia,

nun di syurga.

Tautan Hati - Fatimah Syarha ( page 564-568)

Bacaan Sesuai






Sy sekadar nk mengesyorkan beberapa bacaan sesuai untuk rakan sy..bacaan ni sesuai untuk mereka yg ingin mengetahui keindahan Islam sebagai agama yang syumul atau lengkap..

Sejujurnya sy ni x brapa suka nk bca novel..apatah lagi novel cintan cintun dan novel yang jiwang karat..tp..semuanya berubh lepas sy baca novel Seindah Mawar Berduri serta Syabab Musafir Kasih (sy rekomen novel ni untuk pembaca lelaki..carilah novel ni kalau da ksmpatan) karya Fatimah Syarha Mohd Noordin..




novelnya walaupun menggunakn ayat yang bersahaja tp sgt menyentuh perasaan dan menaikkan semangat untuk terus menerus bermujahadah terhadap nafsu..novel inilah yang mengubah persepsi sy terhadap Islam..satu cara hidup yang lengkap..(bukanlah saya nk mengagungkan penulisan saudari Fatimah Syarha ni)..walaupun fokus utama dalam novel yg beliau karang ialah wanita, namun beliau banyak menyelit sindiran terhadap kaum lelaki dalam novelnya..mmg menaikkan smgtlah..sesuai untk pelajar..contohnya salah satu puisi yang beliau selitkan dalam novelnya (Tautan Hati)..bagi lelaki yg terlalu taksub mengejar cinta wanita.. :

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. Aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia. Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya. Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia. Jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…