Powered By Blogger

Monday, May 31, 2010

dah dapat ilmu, AMALKAN!!!!

Memberi nasihat dan peringatan itu sebenarnya mudah sahaja dan yang berat ialah menerima isi nasihat tersebut..contohnya :

Kita tahu bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan itu HARAM..Rasulullah s.a.w. sendiri menyebut lebih baik jika kita dicucuk di bahagian dubur dengan besi yang panas daripada bersentuhan kulit dengan lelaki atau perempuan yang bukan mahram dan lebih baik kita bergelumang dengan bab* dalam lumpur yang kotor daripada kita bersiku-siku dengan perempuan..inilah hakikatnya wahai sahabatku..tetapi KENAPA sebahagian besar dari kita yang 'beraliran agama' masih melakukannya,,bahkan di khalayak umum??

Jawapannya sangat-sangat mudah..kerana nafsu sangat mencuintai perkara-perkara yang dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang 'rasmi' (maksudnya mencari ilmu dengan tujuan untuk graduate seterusnya mendapat gelaran lulusan SPM,diploma dsbnya) serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia, kerana orang seperti ini biasanya menganggap bahawa hanya dengan sekadar memperoleh ilmu itu sudah cukup menjadi sebab keselamatannya.

SubhanAllah, alangkah kelirunya kita jika kita tergolong dalam pemikiran demikian..saya mengakui,sistem pembelajaran kita kini telah banyak mengelirukan kita (termasuk saya) hingga kita memikirkan bahawa mendapat tempat terbaik ialah tujuan utama kita belajar,,dapat A banyak2 dan kita pun bangga,,namun adakah A ini menjadi petunjuk sebenar ilmu kita??Apalah gunanya a dalam pendidikan islam, Pendidikan Quran dan Sunnah dan l;ain2 lagi andainya ia tidak dihayati.....

Jadilah ini sebagai peringatan sahabatku..janganlah terus hanyut ditarik nafsu..ingatlah hidup ini sementara cuma..tinggalkanlah seketika nafsu jahatmu daripada terkena siksa neraka yang pedih yang berpanjangan..saya mohon anda faham apa yang cuba saya sampaikan,,,,,Hayatilah mafhum daripada sabdaan baginda s.a.w.:

"Orang yang paling pedih siksaannya di hari akhirat ialah seorang alim yang tidak memberi manfaat akan dia dengan ilmunya..."

(nn,)

selamat beramal!!

Waktu itu Ialah Kehidupan

Sy nk berterima kasih ngan kawan sy yg telah memberi sy smgt nk menulis balik blog ni..thanx!!dan kali ni sy nk berkongsi sebuah hadis yang merupakan nasihat Rasulullah s.a.w. kepada umatnya..(maaflah saya tiada perisian untuk menulis perkataan arab jd sy hanya mampu menulis terjemahannya di sini harap dihayati) :

Mafhumnya : "Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seseorang hambanya ialah bila dia mengerjakan sesuatu yang tidak berfaedah. Dan andainya ada satu saat dari umurnya telah digunakannya pada barang-barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya melebihi empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia memepersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka".

Sebenarnya sekadar ini sudah ckup untuk menjadi peringatan bagi orang berilmu.....Hayatilah.. :)

Wahai Saudaraku

Lama dh tak menjenguk ke blog ni. Bukan apa, tiada masa dan peluang. Dan tiada kekuatan..hehe.. walau pun tiada sesiapa yang menjenguk ke blog ni, saya tetap nak minta maaf kalau ada menyentuh sensitiviti sesiapa. Blog ini saya harap dapat menjadi peringatan kepada sesiapa (kalau ada) yang membacanya.

Wahai saudaraku yang tercinta, semoga Allah s.w.t. memanjangkan umur anda semua dalam berbuat taat kepadaNya dan semoga Allah taala memudahkan bagimu untuk mengikuti jalan-jalan kekasihNya..

Jangan lupa, segala apa yang saya peringatkan di sini adalah berasal dari sumber kenabian (hadis Baginda s.a.w.).. Oleh itu, saudara semua tidaklah memerlukan peringatan saya ini jika hadis-hadis tersebut pernah saudara dengari. Amalkanlah hadis-hadis tersebut. Tiadalah berguna sesuatu ilmu itu jika tak disampaikan dan diamalkan.. Tetapi, apabila masih belum sampai satu nasihat dari sumber ini maka sebenarnya ilmu apa yang telah dipelajari saudara selama ini?